Panduan Program Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia
(Pindaan Panduan Rancangan Takmir Masjid dan Surau Tahun 1986):
4.5 TAULIAH /KEBENARAN MENGAJAR GURU-GURU TAKMIR:
4.5.1 Guru Takmir yang dilantik hendaklah memohon tauliah/kebenaran mengajar daripada pihak Berkuasa Agama Negeri.
5. TENAGA PENGAJAR
5.1 Tenaga pengajar hendaklah terdiri daripada:-
(i) Ilmuan dalam bidang agama yang berkelayakan danberwibawa; dan
(ii) Sihat tubuh badan dan tertakluk kepada dasar yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Dasar Peringkat Pusat.
5.2 Pemilihan tenaga pengajar adalah semata-mata didasarkan di atas kepakaran
pengetahuan agama dan kewibawaan calon.
5.3 Guru-guru Takmir adalah tertakluk kepada arahan dan peraturan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM dari semasa ke semasa.
5.4 Tempoh satu lantikan guru-guru Takmir adalah berkuatkuasa/terpakai untuk tempoh tiga (3) tahun. Walau bagaimanapun lantikan tersebut boleh disambung atau
ditamatkan lebih awal sekiranya Guru Takmir tersebut didapati melanggar arahan dan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri.
5.5 Had umur lantikan bagi seseorang guru takmir ialah tidak melebihi 70 tahun kecuali dengan persetujuan dan kelulusan daripada pihak Berkuasa Agama Negeri/Pegawai Penyelaras Takmir Negeri/JAKIM
8. SUKATAN PELAJARAN
8.1 Semua guru takmir hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kurikulum yang telah disediakan meliputi enam
subjek iaitu subjek Akidah, Akhlak & Tasawuf, Fiqh, Tafsir, Hadith dan Sirah. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Peringkat Negeri boleh juga mencadangkan sukatan pelajaran yang lain dengan syarat mendapat persetujuan daripada JAKIM.
8.2 Setiap guru dikehendaki mengajar menggunakan sukatan yang disediaka mengikut kepakaran masing-masing.

